fbpx

Pochettino masih belum puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ICARDI meledak gol kedua PSG ketika mereka menewaskan Brestois pada aksi Ligue 1 kelmarin. – AFP

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino mengakui, masih banyak ruang perlu diperbaiki berdasarkan persembahan dipamerkan dalam kemenangan 3-0 ke atas Brestois pada aksi Ligue 1 di Parc des Princes kelmarin.

Ia adalah kemenangan pertama Pochettino, 48, bersama PSG selepas dilantik awal bulan ini menggantikan tempat Thomas Tuchel setelah terdahulu gagal melakukannya dalam debut apabila seri 1-1 dengan Saint-Etienne minggu lalu.

Bagaimanapun, bekas pe­ngendali Tottenham Hotspurs itu belum berpuas hati dan menggesa anak-anak buahnya bangkit menunjukkan aksi lebih berkualiti menjelang aksi final Piala Super Perancis menentang Marseille di Stade Bollaert-Delelis awal pagi Khamis ini.

“Tiada siapa yang tidak gembira apabila menang. Anda sepatutnya berbangga hasil kesungguhan yang ditunjukkan barisan pemain, cuma masih ada banyak ruang boleh diperbaiki untuk mencapai standard sebenar,” kata Pochettino.

Salah satu sebab Pochettino kurang gembira kerana kegagalan pemain-pemainnya menambah jaringan dalam babak pertama selepas Moise Kean menjaringkan gol pada minit ke-16.

Sebaliknya, juara bertahan itu terpaksa menunggu sehingga 10 minit terakhir untuk meledak dua lagi gol menerusi Mauro Icardi dan Pablo Sabaria pada minit ke-81 serta 83 untuk menjamin kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Sebagai rekod, Pochettino berpeluang meraih gelaran pertama dalam karier kejurulatihan sejak memulakan bidang itu bersama Espanyol pada 2009 sekiranya PSG berjaya mencatat kemena­ngan ke atas Marseille awal pagi Khamis ini untuk menjulang Piala Super Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI