fbpx

Pandu Puteri sasar jual 22,000 tin ‘Girl Guide Cookies’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizah ketika hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-108 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan pelancaran inisiatif pengumpulan dana ‘’Girl Guide Cookies’’ di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) menyasarkan untuk menjual 22,000 tin biskut ‘Girl Guide Cookies’ dalam usaha mengumpul dana bagi menyokong pelbagai aktiviti dan program persatuan berkenaan.

Inisiatif yang akan dilaksanakan oleh 18 cawangan PPPM di seluruh negara adalah bersempena ulang tahun ke-108 persatuan.

Ketua Pesuruhjaya PPPM, Dato’ Yeoh Soo Keng berkata, tujuan utama inisiatif ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli PPPM, terutamanya generasi muda, untuk mengasah kemahiran keusahawanan mereka melalui aktiviti jualan biskut.

“Agenda kami adalah untuk menjana dana yang akan membolehkan setiap cawangan beroperasi secara berdikari.

“Selain itu, inisiatif ini memberi peluang ahli-ahli Pandu Puteri untuk mengembangkan kemahiran perancangan, pelaksanaan jualan serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun PPPM yang dirasmikan Presiden PPPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

‘Girl Guide Cookies’ adalah kerjasama PPPM dengan Julie’s Manufacturing Sdn Bhd dan setiap satu tin dijual RM20.

Selain daripada tujuan kewangan dan sosial, inisiatif ini juga mengangkat makanan sebagai simbol penting dalam budaya Malaysia.

“Makanan adalah sebahagian identiti rakyat kita. Biskut adalah salah satu makanan yang dinikmati semua lapisan masyarakat Malaysia.

“Dengan menyepadukan kedua-dua elemen ini, kami ingin memperkenalkan sesuatu yang benar-benar mewakili konteks budaya kami dan sesuatu yang bermakna,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI