fbpx

Mindef kaji keperluan beli helikopter, bukan sewa lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (dua dari kanan) menerima cek yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad sempena Majlis Serahan Zakat Wakalah Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) di Masjid Muhajirin, Masai, Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertahanan (Mindef) perlu mengkaji sama ada terdapat keperluan membeli terus helikopter bagi kegunaan Tentera Darat (TDM) dan bukannya menyewa seperti cadangan sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, tindakan itu bakal memakan tempoh masa lebih lama kerana ketiadaan helikopter tersedia mengikut spesifikasi dikehendaki.

“Kita perlu faham usaha mendapatkan satu-satu perolehan aset memakan masa. Di dalam konteks helikopter Black Hawk yang ingin diperolehi TDM, mereka perlu buat kajian untuk dapatkan helikopter yang mengikut spesifikasi dikehendaki.

“Saya percaya ini (dapatkan helikopter) sedang diusahakan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Serahan Zakat Wakalah Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) di Masjid Muhajirin, Masai, di sini hari ini.

Pada 6 November lalu, Mohamed Khaled yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi memaklumkan Mindef telah mengemukakan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat kontraktor yang gagal membekalkannya bagi kegunaan TDM. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI