fbpx

Berang kena kacau, warga asing korek mata lelaki tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian pergaduhan membabitkan dua lelaki berhampiran Flat Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, semalam.

TASEK GELUGOR – Seorang lelaki tempatan kehilangan bebola mata kirinya akibat dikorek warga asing dalam kejadian pergaduhan berhampiran flat di Jalan Ara Kuda, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 52 tahun yang dipercayai mabuk dikatakan telah mengganggu suspek menyebabkan lelaki itu naik angin.

Difahamkan, suspek yang berusia 28 tahun itu mengorek mata kiri mangsa menggunakan tangannya.

Suspek berjaya ditahan polis di lokasi kejadian manakala mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan dan difahamkan, bebola mata kiri terbabit turut ditemui berhampiran mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman memaklumkan yang pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu sebentar nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI