TEL AVIV – Dua suar mendarat berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam di pusat bandar Caesarea, lapor laman berita Arab News.
Perkhidmatan keselamatan menyifatkan insiden itu sebagai ‘serius’.
“Dua suar mendarat di halaman luar kediaman Perdana Menteri,” kata polis dan agensi keselamatan dalaman Shin Bet dalam satu kenyataan bersama.
“Perdana Menteri dan keluarganya tiada di dalam rumah ketika kejadian.
“Kertas siasatan telah dibuka. Ini adalah insiden serius dan peningkatan yang berbahaya,” tambahnya.
Setakat ini, tidak jelas pihak di sebalik serangan suar itu.
Insiden tersebut berlaku selepas serangan dron menyasarkan kediaman yang sama pada 19 Oktober lalu, dengan Hezbollah kemudian tampil mengaku melakukannya. – AGENSI