fbpx

Isteri murung, suami ‘check in’ hotel dengan adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang isteri mengalami kemurungan melampau selepas mengetahui suami bersama adik wanita itu curang sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk di dalam hotel.

Kisah sedih itu dikongsikan seorang perawat Islam, Hasnan Rili menerusi hantaran TikTok berhubung wanita tersebut yang mendapatkan rawatan daripadanya.

“Ipar maut itu wujud. Akak ni kemurungan melampau lepas tahu suami dia ‘check in’ hotel dengan adik kandung. Bergaduh besar sampai tak terkawal.

“Ahli keluarga semua susah hati dan sedih. Adik perempuan lari membawa diri, seminggu akak ni dimasukkan ke wad psikiatri sebab mengamuk dan nak cederakan diri,” katanya pada hantaran video tersebut.

Hasnan berkata, tindakan lelaki tersebut curang dengan adik wanita itu sangat menyakitkan hati.

“Sakit mat, kalau laki kau curang dengan adik kandung kau sendiri. Boleh jadi gila memikirkan nasib kau dan anak-anak.

“Kalau perempuan lain boleh terima lagi, kahwinkan saja kalau mampu. Ini adik kandung kau sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI