KUALA LUMPUR – Skuad Johor Darul Takzim Bawah 12 (B-12) tahun mara ke pentas separuh akhir Piala Supermokh 2024 selaku juara Kumpulan B setelah menewaskan NFDP B, 4-1 pada aksi di Padang A Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, petang tadi.
Kemenangan itu memastikan skuad pelapis Harimau Selatan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan dan bakal menentang pasukan dari Thailand, Pattaya United esok.
Ketua jurulatih JDT B-12, Mohd Hafiz Zainal berkata, barisam pemain berdepan dengan kesukaran melepasi benteng pertahanan lawan yang cemerlang pada separuh masa pertama.
“Kita juga tahu lawan (NFDP B) inginkan kemenangan untuk juara kumpulan jadi kami menerima tentangan sengit dari lawan seawal wisel perlawanan dibunyikan.
“Namun pada babak kedua, kita berjaya mengatasi dan menjaringkan tiga gol untuk kemenangan pasukan,” katanya. – KOSMO! ONLINEs