fbpx

Insiden gaduh di KLIA sebab isu lewat daftar masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pergaduhan di KLIA baru-baru ini.

SEPANG – Polis mengesahkan aksi gaduh dua lelaki yang tular di laman X telah dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 kanun keseksaan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati pergaduhan itu tercetus akibat perselisihan faham dan satu laporan dibuat telah seorang petugas syarikat penerbangan yang memaklumkan insiden itu berlaku pada 10 November lalu.

“Insiden membabitkan seorang petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang. Kejadian berpunca daripada isu kelewatan mendaftar masuk untuk penerbangan. Akibat pergaduhan itu, petugas syarikat penerbangan tersebut mendapat kecederaan ringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI