fbpx

Sivasangari galas misi Malaysia di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASANGARI membalas pukulan dilakukan Adderley pada aksi separuh akhir Piala Skuasy ACE Malaysia 2024 hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita No.1 negara, S. Sivasangari menggalas misi cukup penting menjelang perlawanan akhir Kejohanan Piala Skuasy ACE Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung esok.

Pada aksi separuh akhir di pusat beli-belah The Curve hari ini, dia yang juga pemain No.9 dunia memastikan kemaraan ke pentas final selepas menewaskan Georgia Adderley dari Scotland 11-3, 11-8, 11-6.

Sivasangari berkata, kehadiran peminat-peminat tempatan yang memberikan sokongan sedikit sebanyak mencetuskan keyakinan serta kekuatan kepadanya untuk berdepan tekanan berdasarkan status sebagai pilihan utama kejohanan.

“Pada perlawanan hari ini, walaupun bermain di bawah tekanan tetapi saya buktikan bahawa saya boleh lakukan yang terbaik. Penonton banyak membantu dan saya gembira dapat pamerkan permainan sendiri.

“Saya juga gembira kerana dapat menampilkan permainan lebih baik jika dibandingkan pertemuan dengan dia (Adderley) di China dua minggu lalu,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Menjelang perlawanan akhir esok, pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 itu dijadualkan bertemu pilihan kedua dari Mesir, Amina Orfi yang menewaskan seorang lagi pemain negara, Rachel Arnold 12-10, 11-9, 11-6.

“Sentiasa ada tekanan dalam setiap perlawanan kerana anda tidak boleh menjadi sempurna setiap hari. Saya hanya akan fokus pada diri sendiri dan tampilkan aksi lebih baik berbanding hari ini,” ujar Sivasangari.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain negara, Ng Eain Yow turut menempah aksi final selepas menewaskan pemain India, Abhay Singh 11-5, 11-4, 7-11, 11-4 dan akan bertemu pilihan utama dari Mesir, Youssef Soliman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI