fbpx

Wang simpanan RM124,400 lesap terpedaya pelaburan untung 250 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MUAR – Wang simpanan RM124,400 milik seorang wanita berusia 50 tahun lesap gara-gara menyertai pelaburan palsu yang menawarkan pulangan lumayan sehingga 250 peratus hanya dalam tempoh beberapa jam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa yang merupakan pekerja swasta menjadi mangsa penipuan tersebut selepas menyertai satu kumpulan pelaburan dalam aplikasi Telegram pada 6 November lalu.

“Pelaburan berkenaan menawarkan pulangan lumayan dalam bentuk digital bitcoin.  Mangsa diarahkan mendaftar menggunakan satu pautan dan membuat pelaburan. Sehingga laporan polis dibuat, mangsa masih gagal mengeluarkan sebarang keuntungan seperti dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raiz Muhkliz berkata, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan atau denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI