fbpx

Roboh siling buat pelantar hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARA menaikkan ketuhar ke atas pelantar sebagai persiapan menghadapi banjir di rumah mereka di PPSK Gunung Menerong, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang pengait buah kelapa sawit mengambil inisiatif membina loteng setinggi lima meter bagi menyimpan dokumen penting dan barangan berharga sebagai persiapan menghadapi banjir musim tengkujuh tidak lama lagi.

Saridin Zakaria, 40, berkata, loteng tersebut sengaja dibina tinggi ekoran kawasan perumahannya di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Gunung Menerong di sini sering ditenggelami banjir sehingga setinggi 3 meter.

“Loteng selebar empat meter ini mampu menampung bara­ngan seberat ratusan kilogram.

“Setakat ini, ia nampak kukuh walaupun saya sudah meletakkan peti sejuk dan mesin basuh di atasnya,” kata­nya ketika ditemui di rumah­nya di PPSK Gunung Menerong di sini semalam.

Saridin berkata, pembinaan loteng yang menelan belanja RM500 tersebut memakan masa hampir seminggu untuk disiapkan.

Tambah beliau, ia dibina di dalam salah sebuah bilik tidur yang terdapat di rumahnya.

“Saya terpaksa merobohkan sebahagian siling bilik tidur tersebut bagi membolehkan loteng tersebut dibina.

“Persiapan menyimpan do­kumen penting dan bara­ngan berharga di atas loteng itu sudah bermula sejak awal bulan ini dengan bantuan ­isteri, Zahara­ Che Abdullah, 37,” ­katanya.

Saridin berkata, peralatan elektrik yang berat seperti peti sejuk dan mesin basuh dibawa naik ke atas loteng tersebut dengan menariknya menggunakan tali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI