fbpx

Aduhai Ruhanies, sudahlah dibenci, makin seksi pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPERTI badi 'kena tangkap basah', Ruhainies masih lagi menjadi bahan kecaman.

SELAIN isu tangkap khalwat yang belum selesai, Ruhainies kerap difitnah bernikah dengan beberapa pelakon lelaki mutakhir ini.

Sebagai mangsa fitnah, namanya memang laris. Kedengaran tidak baik tetapi itu juga boleh dijadikan satu peluang untuk Ruhainies terus menjadi sebutan ramai.

Di sebalik lambakan fitnah tersebut, Diva ada juga terdengar cerita kurang enak lain iaitu Ruhainies semakin seksi dan berani memakai busana mencolok mata.

Semuanya disebabkan dia muncul dengan dres yang menampakkan lurah dada di sebuah acara.

Sebelum ini dia memang pernah memakai baju menampakkan lurah dan teruk dikecam tetapi katanya mahu jadikan iktibar. Nampaknya dia masih berani muncul dengan gaya sebegitu.

Sakit hati juga apabila cerita itu sampai ke telinga Diva tetapi apa boleh buat itu pilihannya.

Cuma, kalau kena kecam dan terus dibenci selepas ini jangan melenting pula ya. Adakalanya perlu muhasabah diri.

DIVA: Menyampah artis kuat melenting dalam media sosial. Sendiri cakap, sendiri mengamuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI