KUALA LUMPUR – Skuad AMDPasukan AMD Dream Dream kembali meraih kemenangan setelah menewaskan Hong Kong, China, 4-0 untuk membuka peluang meneruskan saingan dalam kategori B-13 Piala Supermokh 2024 hari ini.
Selepas menang pada aksi pertama ke atas kelab dari Indonesia, Asiop Academy (1-0), skuad bimbingan Mohd Armi Sharif tewas tipis 1-2 kepada Zhejiang PFC (China).
Namun, kemenangan besar 4-0 ke atas Hong Kong, China memberikan petanda positif khusunya dari segi keyakinan dan prestasi pasukan menjelang perlawanan diperingkat seterusnya.
Menurut Mohd. Armi, kemenangan ini membuktikan semangat juang barisan pemainnya yang tidak mudah berputus asa walaupun tewas pada perlawanan sebelumnya.
“Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada pasukan, pemain berjaya menterjemahkan segala perancangan, kemenangan bukanlah keutamaan bagi kami tetapi peningkatan prestasi pasukan.
“Kami adalah salah satu pasukan pembangunan, positifnya pemain dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan pada perlawanan kedua khususnya dai segi jaringan gol.
“Kalau kita lihat perlawanan pertama dan kedua, kami memiliki banyak peluang menjaringkan gol namun gagal diterjemahkan dengan jaringan. Alhamdulillah untuk aksi ketiga ini masalah tersebut berjaya diatasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE