fbpx

Cadang bina PPS kekal di Sekijang – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha Mustafa (tengah) merasmikan Karnival Rakyat MYFutureJobs Parlimen Sekijang 2024 di Dewan Serbaguna, Jalan Genuang, Segamat hari ini

SEGAMAT – Kerajaan akan membina Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal di lokasi yang sentiasa terkesan banjir di Parlimen Sekijang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, namun perkara itu akan diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, berikutan terdapat lokasi sering dilanda banjir.

“Inisiatif berkenaan adalah pendekatan sepanjang masa bagi lokasi yang sering terdedah banjir selain dapat dimanfaatkan oleh semua.

“Selepas mengetahui laporan terperinci keadaan banjir di kawasan tertentu sekitar Sekijang, saya berharap Jawatankuasa Bencana Pusat akan segera memutuskan supaya mewujudkan PPS kekal,” katanya pada sidang akhbar selepas Karnival Rakyat MYFutureJobs Parlimen Sekijang 2024, di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri dengan bantuan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) turut akan mengenal pasti kawasan sesuai bagi pembinaan PPS berkenaan.

“Dari segi peruntukan kerajaan akan salurkan. Dengan adanya PPS kekal ia dapat dimanfaatkan sepanjang masa dan, ia boleh digunakan oleh orang ramai ketika di luar musim banjir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI