fbpx

Dovi dedah punca tinggalkan Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVI tidak menolak kehadiran Lorenzo menjadikan hubungannya bersama Dall’Igna bertambah keruh. – AFP

LONDON – Pelumba profesional Itali, Andrea Dovizioso (Dovi) mendedahkan punca keputusan untuk meninggalkan pasukan Ducati kerana bertelagah dengan ketua pasukan itu, Gigi Dall’Igna.

Sebagai rekod, Dovizioso telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama Ducati yang berakhir pada musim lepas meskipun sudah mewakili pasukan yang berpangkalan di Bologna itu selama lapan tahun.

Difahamkan, Ducati sebelum ini mendakwa bahawa mereka gagal mencapai kata sepakat dengan Dovizioso kerana permintaan gaji yang terlalu tinggi oleh pelumba berusia 35 tahun itu.

Namun, Dovizioso menafikan perkara tersebut kerana tiada tawaran rasmi yang diberikan oleh pihak Ducati selain mengesahkan hubungan yang keruh bersama Dall’Igna menjadi punca utama dia berundur.

“Saya tidak memiliki hubu­ngan yang baik bersama Dall’Igna sejak musim 2017 dan beberapa­ tahun sebelumnya kami tidak berkomunikasi dengan sempurna.­ Mungkin disebabkan faktor kehadiran Jorge Lorenzo pada 2017 memburukkan lagi hubungan kami.

“Ini kerana saya pernah mencadangkan untuk pasukan menandatangani Marc Marquez pada penghujung 2016 tetapi sebaliknya mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan Lorenzo.

“Malah, hubungan yang keruh ini juga menyebabkan saya tidak pernah berbincang dengannya mengenai penambahbaikan jentera meskipun kami mempunyai potensi untuk mencabar kejua­raan dunia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI