fbpx

Suhaili hantar ‘selfie’ berlatar belakang sungai sebelum lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhaili ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, hari ini.

SEBERANG PERAI – ‘Kak Chik ada hantar ‘selfie’ berlatar belakangkan sungai dan keadaan sungai ketika itu agak menggerunkan’.

Demikian menurut Ruhaili Mat Saad, 43, adik kepada Suhaili, 47, yang lemas selepas bot yang dinaiki dalam aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Jahang, Gopeng di Perak semalam terbalik akibat kepala air.

Menurutnya, gambar tersebut dihantar oleh Suhaili atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chik di dalam grup WhatsApp keluarga pada pukul 12.44 tengah hari semalam.

“Kami sekeluarga tidak ‘tercakap’ untuk menghalangnya daripada melakukan aktiviti itu (sebaik melihat gambar selfie mangsa) dan masing-masing tahu arwah teruja untuk mengikuti program ‘team building’ itu walaupun bukanlah seorang penggemar aktiviti lasak.

“Kak Chik sebenarnya seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan tertib malah dalam kalangan kami lima beradik, dia yang paling dikepung dan dijaga rapi sampaikan pergi balik asrama pun dihantar walaupun menaiki bas.

“Sejak kebelakangan ini, dia tunjuk minat aktiviti-aktiviti (lasak) seumpama ini, mungkin dia mahu melawan ketakutan,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah di sini hari ini.

Beritahu Ruhaili lagi, arwah kakaknya juga sempat meminjam beg anaknya untuk dibawa ke program terbabit.

“Khamis malam saya ada ke rumahnya, namun arwah sudah tidur kerana mahu bertolak awal pagi (semalam) nanti,” katanya Suhaili belum berkahwin dan tinggal bersama ibu mereka di Taman Ilmu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI