PETALING JAYA- Pelakon termahal Korea Selatan, Kim Soo-hyun, tiba di Kuala Lumpur malam tadi untuk menghadiri Cuckootopia Music Festival yang akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, petang ini.
Ini merupakan kali pertama Kim Soo-hyun menjejakkan kaki di Malaysia, mencetuskan keterujaan peminat apabila beliau dijemput sebagai penghibur utama festival berprestij tersebut.
Kedatangan pelakon drama popular Queen of Tears itu disambut meriah oleh peminat yang berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, tidak melepaskan peluang untuk bertemu idola mereka.
Sementara itu, pelakon itu disambut dengan peminat yang membawa poster wajah Kim Soo-hyun sebagai tanda sokongan dan usaha menceriakan kehadirannya yang pertama kali di Malaysia.
Walaupun perlu bergerak pantas, Kim Soo-hyun sempat melambai kepada peminat, diiringi rombongannya termasuk pengawal peribadi.
Dalam pada itu, kehadirannya turut mengundang pelbagai reaksi positif di media sosial, di mana peminat meluahkan rasa teruja dapat melihat pelakon terkenal ini secara langsung.
“Mari kita berikan dia sambutan hangat ke Malaysia buat kali pertama,” kata seorang pengguna.
“Comel. Dia lambai-lambai pastu dia tepuk tangan. Gembira bila peminat jemput,” ujar Edmin.
“Sopan sangat dia sepanjang berjalan sebab sapa peminat dia, kami mahu awak seronok di Malaysia,” tambah Cataleya. -KOSMO! ONLINE
@hudahpr comel jer tepuk tngan nmpk fans 😄 welcome to Malaysia Kim Soo Hyun 😘 #kimsoohyun #kactor #koreanactor #kdrama #FYI #factdivision #fyp #queenoftears #themoonembracingthesun ♬ Love You With All My Heart – Crush