fbpx

EPL: Guardiola dilapor setuju kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA dilapor bersetuju untuk kekal semusim lagi bersama City dengan kontrak lanjutan sehingga 2026. - AFP

MANCHESTER – Manchester City mampu menghela nafas lega apabila pengurus mereka, Pep Guardiola dilaporkan hampir bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan sekali gus kekal di Etihad.

Rundingan tersebut sedang berada di fasa terakhir dan pengendali dari Sepanyol itu tidak keberatan untuk menandatangani perjanjian baharu menyaksikan beliau akan kekal untuk tempoh semusim lagi sehingga 2026.

Sumber memberitahu, perbincangan tersebut sudah 99 peratus selesai dan pihak pengurusan kelab bakal membuat pengumuman mengenai perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.

Masa depan Guardiola menjadi tajuk perbualan hangat apabila bulan lalu beliau mendedahkan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya sama ada kekal di Etihad ataupun mencari angin baharu.

Bagaimanapun, berita mengenai penyambungan kontrak Guardiola tidak begitu mengujakan ketika City berdepan empat kekalahan berturut-turut dalam empat perlawanan sebelum ini dalam semua kejohanan.

Mereka ketinggalan lima mata di belakang Liverpool ketika The Citizens sedang memburu kejuaraan kelima berturut-turut saingan Liga Perdana Inggeris dan yang ketujuh dalam lapan musim lalu.

Sejak dikendalikan oleh Guardiola, City berjaya merangkul enam gelaran EPL, dua trofi Piala FA dan satu Liga Juara-Juara sejak mula bertugas di Etihad pada 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI