fbpx

Hampir seluruh negara diramal hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 6 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

“Amaran ribut petir juga melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.

“Bagi Kelantan pula, amaran ribut petir melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu hanya melibatkan Hulu Terengganu.

“Keadaan sama juga dilaporkan melanda Jerantut, Maran dan Rompin di Pahang, manakala di Selangor melibatkan Klang, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.

Dalam pada itu, Negeri Sembilan turut menerima amaran sama di Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Sementara itu, amaran sama diberikan di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) di Sarawak, dan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat di Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI