fbpx

Malaysia tidak iktiraf individu ada kad pengenalan 2 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (dua dari kanan) pada Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di SMK Tanjong Bunga, Pasir Mas hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PASIR MAS – Individu yang mempunyai dua kad pengenalan atau kerakyatan tidak diiktiraf di negara ini kerana perbuatan itu sudah jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Abdullah berkata, sehubungan itu, individu yang memiliki dua kad pengenalan dua negara berbeza sebenarnya telah melakukan kesalahan.

Menurutnya, segala aspek mengenai kerakyatan di negara ini merupakan tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat pengesahan mengenai perkara tersebut.

“Perlembagaan Persekutuan tidak mengiktiraf dua kerakyatan. Jadi, memiliki dua kad pengenalan dua negara berbeza merupakan kesalahan kerana dokumen itu merupakan simbol pemilikan kerakyatan.

“Justeru, data yang paling autoritatif (diiktiraf) dimiliki Kementerian Dalam Negeri adalah melalui JPN. Jika ada yang terlibat jenayah dan memiliki dua kerakyatan, maka JPN adalah pihak paling berautoriti untuk membuat pengesahan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Bunga di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Pengerusi Majlis Kawalan Sempadan Negara memberitahu, sehubungan itu, beliau terbuka untuk menerima sebarang maklumat dari pihak berkuasa Thailand mengenai perkara melibatkan rakyat negara berkenaan yang mempunyai MyKad.

Menurutnya, Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan yang baik termasuk hubungan antara kerajaan, polis dan rakyat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI