PETALING JAYA – Mike Tyson terpaksa menelan kekalahan dalam pertarungan dengan Jake Paul sekali gus menimbulkan kekecewaan buat peminat petinju legenda terbabit.
Keputusan itu dibuat oleh juri secara ‘unanimous decision’ (sebulat suara).
Dalam pertarungan itu, Tyson, 58, tampil terlebih dahulu dengan aksi yang agresif dalam pertarungan lapan pusingan yang berlansung di Stadium AT&T.
Pada empat pusingan awal, Tyson dilihat membuat beberapa pukulan ke arah Paul, namun staminanya mula merosot sebaik memasuki pusingan keenam.
Kelebihan itu telah digunakan oleh Paul untuk mendominasi pertarungan dengan melemparkan beberapa pukulan tepat ke arah Tyson.
Sehubungan itu, rata-rata ramai kecewa dan menyifatkan keputusan pertarungan itu seakan-akan sudah ditetapkan.
“Kecewa, jujur kata inilah pertarungan paling bosan dalam sejarah,” kata Aiden.
“Paul seperti main kejar-kejar. Tyson sudah tua dan sudah tentu dia akan kalah,” ujar Chase.
“Sedih tengok Tyson dan ini adalah sesuatu yang memalukan buat arena tinju dunia,” jelas Adrian.
Difahamkan, pertarungan itu dianggarkan bernilai sekitar AS$80 juta (RM354.8 juta) secara keseluruhan yang mana Tyson akan menerima sebanyak AS$20 juta (RM89 juta) manakala Paul pula AS$40 juta (RM177 juta). – KOSMO! ONLINE
A ringside look at #PaulTyson 👀 pic.twitter.com/WZlzvJ7gKX
— Netflix (@netflix) November 16, 2024