fbpx

Kumamoto Masters: Jun Hao tempah aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO berpeluang meraih kejuaraan sulung musim ini selepas melangkah ke perlawanan akhir Kumamoto Masters. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terus mencipta magis di bumi Jepun selepas meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters yang berlangsung di Gimnasium Kumamoto Prefectural.

Pada aksi separuh akhir sebentar tadi, pemain No.31 dunia itu mengejutkan jaguh perseorangan Indonesia, Jonatan Christie menerusi kemenangan tiga set 10-21, 21-18, 22-20 dalam tempoh 77 minit.

Turun sebagai pemain bukan pilihan, Jun Hao tidak bermula baik apabila membenarkan Christie menguasai sepenuhnya set pertama bagi membolehkan pilihan keempat kejohanan itu mencatat kemenangan 21-10.

Memasuki set kedua, bekas juara remaja Asia itu kembali memperkemaskan permainan dan memberikan sepenuh fokus untuk meraih kemenangan, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set ketiga, Christie dilihat berada dalam keadaan cukup selesa untuk memastikan kemenangan ketika mendahului 17-10, namun semangat juang dipamerkan Jun Hao mengatasi segala-galanya apabila dia bangkit sebelum membenam pemain Indonesia itu.

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan sulung Jun Hao di pental final bagi kempen 2024 selepas beberapa kali terkandas di pusingan suku akhir ketika beraksi pada Sepanyol Masters, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.

Menjelang aksi final esok, Jun Hao dijadualkan bertemu pemenang perlawanan antara pemain No.2 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dan pemain China, Li Shi Feng yang akan beraksi sebentar lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI