fbpx

Tangisan anak Muhammad Khairul Hakeem meruntun hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iman Nur Hannan menyiram air mawar di kubur bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Jalan Naka di Pokok Sena, hari ini.

POKOK SENA – Suasana sayu menyelubungi pengebumian Muhammad Khairul Hakeem Hamidi, 37, apabila anak perempuannya tiba-tiba menangis ketika jenazah diturunkan ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Jalan Naka, di sini hari ini.

Kanak-kanak tersebut, Iman Nur Hannan, 8, yang merupakan anak kedua arwah juga dilihat memanggil bapanya sambil menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenangkan oleh ibu saudaranya, Noriza Hamidi, 45.

Jenazah Allahyarham Muhammad Khairul Hakeem yang juga Penolong Jurutera Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Langkawi itu selamat dikebumikan pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu jenazah dibawa ke Masjid Ar-Rayyan Kampung Bukit untuk disembahyangkan oleh kira-kira 300 jemaah termasuk ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung.

Arwah yang berasal dari Kampung Bukit itu meninggalkan seorang balu, Nursharina Samsudin, 38, serta tiga anak yang masih kecil iaitu Asma Nur Imani, 11; Iman Nur Hannan dan Muhammad Al Fateh, 6.

Sementara itu, rumah keluarga arwah yang terletak tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut menerima kunjungan ratusan orang termasuk rakan, penduduk kampung dan rakan sekerjanya.

Allahyarham Muhammad Khairul Hakeem ditemukan lemas semasa terlibat sama dalam aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng di Perak pada semalam.

Selain Muhammad Khairul Hakim, tragedi kepala air itu turut mengorbankan Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Suhaili Mat Saad, 47, dan Pegawai Khidmat Pelanggan JKR Langkawi, Muhammad Ikram Abdul Bari, 29. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI