fbpx

Penunggang Honda EX5 maut dirempuh bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda EX5 dinaiki Muhammad Ameer yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Sultan Mahmud berhampiran persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda maut selepas motosikal jenis Honda EX5 dinaikinya dirempuh sebuah bas ekspres di Jalan Sultan Mahmud berhampiran persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Ameer Zikri, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chendering dari Kuala Ibai di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba menukar laluan sehingga gagal dielak sebuah bas ekspres lalu merempuhnya.

“Bas membawa 25 penumpang itu dikatakan dalam perjalanan ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dari Jerantut, Pahang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, impak kemalangan itu menyebabkan Muhammad Ameer tercampak ke jalan raya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut.

“Pemandu bas berusia 52 tahun dan 25 penumpangnya terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI