PETALING JAYA – Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedikit kecoh apabila dua lelaki bertumbuk di hadapan sebuah kaunter.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Malaysia Punya Hal, kelihatan lelaki yang mengenakan kurta hijau telah menumbuk individu berbaju hitam.
Bagaimanapun pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh pihak berkuasa yang berada di KLIA.
Tidak dapat dipastikan punca kekecohan tersebut dan difahamkan kejadian tersebut berlaku semalam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi dan mereka mengecam perbuatan terbabit.
“Kalau tahu diri tak ada ilmu pertahanakn diri janganlah berlagak samseng cabar-cabar orang kat tempat awam. Street fighter’ tak tumbuk badan, dia fokus tumbuk ke muka saja. Tak pandai tepis memang tumbang cepat,”tulis Azril Mzn.
“Umpama aksi pembukaan Mike Tyson dengan Jake Paul, kalau ia pun tak payahlah buat kekecohan di tempat awam,”kata Abdul Tahim.
Turut meninggalkan komen adalah seorang pengguna dikenali sebagai Rv Rajan.
“Sedih tengok benda ni berlaku di KLIA. Orang asing pun nampak, harap selesai dan tak ulang,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE