PETALING JAYA – Gelagat comel seorang kanak-kanak yang meminta tolong dengan suara lembut kerana berasa geli ketika seekor ‘sugar glider’ merayap naik ke atas kepalanya mencuri perhatian netizen.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh Zizisalleh07, kanak-kanak lelaki itu kelihatan cemas namun tetap cuba tenang ketika haiwan tersebut mula merayap di kepalanya.
Kanak-kanak itu dengan nada suara lembut meminta bantuan daripada ibunya.
“Alamak! Tolong, tolong, tolong saya” katanya.
Situasi lucu tersebut membuatkan netizen terhibur dengan kecomelan kanak-kanak tersebut yang kelihatan seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila haiwan kecil itu tiba-tiba menjelajah ke kepalanya.
Rata-rata netizen menganggap aksi kanak-kanak itu sangat menghiburkan, dengan beberapa komen yang turut mengagumi reaksi spontan dan suara lembut yang digunakan untuk meminta bantuan.
“Kalau macam ini cara minta tolong, jangan tolong. Sebab nak dengar dia minta tolong itu,” ujar Lan Careno.
“Alamak, tolong la dia. Comel sangat alamak dia tu,” kata Mader.
“Awak punya alamat itu sopan sahaja. Kalau kakak ni adik, dah menggelupur terkejut,” tambah Wife Awie. -KOSMO! ONLINE
@zizisalleh07 Alamak!!! tolong saya… #kids#minizoo#desaru#fyp ♬ original sound – @zizisalleh_official07