fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan - AMIR KHALID

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik dan cerah hampir seluruh negara tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan ramalan yang sama turut dijangka akan berlaku di semua kawasan di Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, cuaca buruk akan melanda seluruh kawasan di Labuan, manakala di Terengganu hanya melibatkan Dungun dan Kemaman sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Tambahnya, Pahang turut berdepan dengan amaran cuaca buruk yang sama di Rompin.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI