fbpx

Aktiviti riadah, sukan air di Kampar dihentikan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah salah seorang mangsa lemas ketika melakukan aktiviti berakit meredah jeram (white water rafting) di Sungai Kampar tiba di Unit Forensik Hospital Kampar hari ini untuk proses bedah siasat. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI./ KOSMO!

KAMPAR – Semua aktiviti merangkumi riadah dan sukan air bersifat ‘out door’ di sini dihentikan serta-merta ekoran tragedi kepala air di Sungai Jahang yang mengorbankan tiga nyawa pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) petang semalam.

Pegawai Daerah Kampar yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Nazrul Fazami Mohamad berkata, arahan itu terpakai kepada semua pengusaha resort dan tapak perkhemahan sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Antara aktiviti yang ditangguhkan ialah water rafting dan water tubing serta sebarang aktiviti membabitkan kawasan sungai di Daerah Kampar,” katanya di sini hari ini.

Media melaporkan tiga pegawai JKR lemas selepas bot yang mereka naiki menyusuri Sungai Jahang, Gopeng di sini terbalik akibat kejadian kepala air.

Ketiga-tiga mangsa ialah Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah, Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47; Penolong Jurutera Kanan JKR Daerah Langkawi, Allahyarham Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37 dan Pegawai Khidmat Pelanggan JKR Daerah Langkawi, Allahyarham Muhammad Ikram Abdul Bari, 29. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI