fbpx

Budak lemas tergelincir ketika bermain tepi longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika bermain di tepi longkang di kawasan sebuah flat berhampiran Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, di sini, petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Nordatul Badrol Abd. Rahman berkata, operasi menyelamat mangsa digerakkan sebaik panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.37 petang.

“Kanak-kanak lelaki itu hilang ketika bermain di longkang sewaktu hujan.

“Kedalaman longkang kira-kira 3.9 meter dan lebar kira-kira 6.7 meter. Paras air ketika mangsa hilang adalah 2.43 meter,” katanya kepada pemberita hari ini.

Nordatul Badrol berkata, difahamkan dua kanak-kanak bermain di tepi longkang itu bersama mangsa sebelum tergelincir jatuh.

“Mangsa dihanyutkan arus deras terus ke longkang besar. Pencarian bermula dari tempat mangsa jatuh hingga ke Sungai Skudai, Kampung Usaha Jaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI