fbpx

Turkiye rasmi putuskan semua hubungan dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERDOGAN berucap semasa persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan pada 12 November lalu. -- AGENSI

ANKARA – Turkiye memutuskan semua bentuk hubungan dengan Israel, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu pengumuman kelmarin.

Erdogan berkata demikian kepada wartawan yang berada di dalam pesawat susulan lawatan beliau ke Arab Saudi dan Azerbaijan.

“Kerajaan Republik Turkiye di bawah kepimpinan Erdogan tidak akan meneruskan atau mewujudkan hubungan dengan Israel,” kata Erdogan.

“Keputusan kami memutuskan hubungan dengan Israel adalah muktamad dan kami akan mengekalkan pendirian ini di masa hadapan,”

Di sebalik Turkiye melaksanakan sekatan perdagangan terhadap Israel pada Mei lalu, Ankara tetap mengekalkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv.

Walaupun kerajaan Turkiye secara rasmi memanggil pulang dutanya pada tahun lalu, misi diplomatik Ankara di Tel Aviv masih dibuka dan beroperasi.

Israel turut mengosongkan kedutaannya di Ankara tahun lepas dengan alasan ancaman keselamatan serantau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI