fbpx

Pelajar tingkatan dua hilang dikhuatiri lemas mandi Sungai Jeram Badoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat remaja berusia 14 tahun yang di khuatiri lemas di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mengsudut Lama, Buloh Kasap, Segamat petang tadi.

SEGAMAT – Seorang pelajar tingkatan dua di khuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mengsudut Lama, Buloh Kasap, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd Hazim Abdul Razak berkata, bomba menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.40 petang.

Katanya, mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhammad Idham Abd. Kadir, 14.

“Pihak bomba menerima maklumat bahawa mangsa mandi-manda di tempat kejadian bersama beberapa rakan sebelum hilang dipercayai lemas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Kita sudah melakukan pencarian di permukaan (surface searching) dan akan teruskan lagi pencarian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI