fbpx

Dua penjawat awam diberkas terima rasuah RM130,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penjawat awam direman bermula hari ini manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM130,000 daripada beberapa kontraktor di sebuah daerah di Sabah sejak tahun lalu.

Menurut sumber, tindakan itu adalah sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan kecil tandas sekolah di daerah berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek lelaki berusia 50-an ditahan antara pukul 7 hingga 10 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Susulan penahanan itu, salah seorang suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

“Perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 21 November terhadap suspek, telah dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Gahzali,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang lagi suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai memberikan keterangan hari ini.

“Siasatan awal dipercayai kedua-dua suspek melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 dengan meminta rasuah sebanyak 30 peratus daripada nilai projek iaitu kira-kira RM130,000 daripada beberapa kontraktor.

“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor tersebut secara tunai dengan beberapa kali bayaran,” katanya.

Menurut sumber lagi, SPRM turut merampas kira-kira RM90,000 wang tunai dan menyita dua buah kenderaan mewah yang dibeli hasil daripada wang rasuah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

“Mana-mana kontraktor yang pernah memberi wang rasuah kepada mana-mana penjawat awam berkaitan apa juga projek untuk tampil memberikan maklumat kepada SPRM,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI