fbpx

Lagi pusat urut tawar seks digempur Imigresen Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tukang urut yang ditahan dalam serbuan sekitar Klang.

KLANG – Kegiatan persundalan di pusat urut terus digempur dengan terbaharu di sekitar daerah ini, semalam.

Serbuan selama 12 jam bermula pukul 3 petang menyasarkan tiga premis berkaitan dan hostel pekerja urut warga asing.

Sepanjang serbuan juga didapati terdapat aktiviti perniagaan pusat urut beroperasi secara haram selain meraih pendapatan sebanyak RM1,400 bagi aktiviti tidak bermoral berkenaan.

Modus operandinya mudah iaitu pelanggan hanya perlu melanggan melalui aplikasi WeChat dengan dibekalkan gambar-gambar cantik di kalangan tukang urut dengan bayaran antara RM200 hingga RM250.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan pihaknya selama seminggu selain turut mengempur masing-masing sebuah restoran dan kedai serbaneka yang menggunakan warga asing.

“Dalam serbuan itu, kita terpaksa memotong pintu gril hostel pekerja urut untuk ke tingkat atas.

“Menerusi kesemua serbuan itu berjaya menahan 43 warga asing termasuk 23 wanita berusia 25 hingga 40 tahun,” katanya hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan pecahan tangkapan adalah terdiri seramai 22 warga Myanmar, Vietnam (9), Thailand (6), China dan Indonesia masing-masing tiga orang.

Ujarnya, antara kesalahan dilakukan adalah didapati tiada pas atau permit sah serta melanggar syarat pas.

“Kita turut menahan empat lelaki warga tempatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 56(1)(d) akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Jabatan Imigresen Selangor membongkar tempahan tukang urut untuk perkhidmatan seks sebanyak RM200 bagi satu-satu sesi untuk lelaki hidung belang menerusi serbuan di sekitar Damansara dan Shah Alam. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI