fbpx

EPL: Nistelrooy bakal dapat kerja baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISTELROOY

LONDON – Bekas pengurus interim Manchester United, Ruud Van Nistelrooy dikaitkan dengan tugas mengemudi sebuah kelab selepas kurang seminggu meninggalkan Old Trafford.

Selepas United memecat Erik Ten Hag, United melantik Nistelrooy sebagai pengendali sementara sehingga 11 November lalu apabila Ruben Amorim memulakan tugas sebagai pengurus baharu kelab tersebut.

Laporan di England menyebut, Nistelrooy dilihat sebagai calon berpotensi untuk mengemudi pasukan Liga Kejuaraan, Coventry City yang kini tidak memiliki pengurus selepas mereka memecat Mark Robins.

Pihak pengurusan Coventry membuat keputusan memecat Robins selepas pasukan berdepan masalah prestasi apabila mereka sekadar meraih empat kemenangan dalam 15 perlawanan terakhir.

Pasukan itu ketika ini menduduki tangga ke-17 saingan dengan hanya mengutip 16 mata menyebabkan khidmat pengurus baharu ditagih untuk memastikan mereka tidak tersingkir ke saingan Liga 1 musim depan.

Bagaimanapun, Nistelrooy bukanlah satu-satunya calon yang sedang dipertimbangkan apabila bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard, pengurus sementara England, Lee Carsley, Matt Bloomfield dan legenda Tottenham Hotspur, Robbie Keane juga turut dikaitkan dengan jawatan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI