fbpx

Sime Darby umum pembaharuan identiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Logo baharu Sime.

PETALING JAYA – Sime Darby Berhad (Sime) hari ini melancarkan pembaharuan jenama, menandakan mercu penting dalam proses transformasinya.

Perubahan identiti kepada ‘Sime’ mencerminkan wawasan masa depan dan tumpuan strategik baharu Kumpulan sebagai kuasa besar terkhusus dalam segmen automotif dan peralatan perindustrian.

Identiti baharu jenama itu akan diperkenalkan secara beransur-ansur di semua operasi dan titik perhubungan Sime pada bulan-bulan akan datang.

Pada masa sama, Sime turut memperkenalkan cogan kata baharu, iaitu Bridging Opportunities (Merintis Peluang) yang menekankan peranan utamanya iaitu memacu pertumbuhan dan menjana nilai lestari meliputi pasaran-pasaran paling dinamik di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, selama lebih 100 tahun beroperasi, pihaknya terus menyesuaikan diri mengikut perkembangan dinamik pasaran yang berubah.

“Evolusi jenama kami kali ini membuktikan ketangkasan dan daya tahan kami. Kami amat teruja dengan prospek cerah di Asia Pasifik, serta potensi pertumbuhan yang luas.

“Transformasi ini membolehkan Sime memenuhi keperluan pihak-pihak berkepentingan sambil menampilkan identiti yang lebih tersendiri di pasaran,” katanya dalam kenyataan.

Ditubuhkan pada tahun 1910, Sime kini memiliki lebih daripada 30,000 kakitangan yang berdedikasi meliputi 18 negara dan wilayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI