fbpx

Pekerja kebun ‘ketagih mencuri’ dijel 24 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda.

JEMPOL – Seorang pekerja kebun dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan satu sebatan di Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini selepas mengaku salah pecah rumah di Bahau, bulan lalu.

Majistret Nor Hazwani Ishak membuat keputusan itu selepas tertuduh S Mohan, 38, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan di bacakan.

Tertuduh juga mengaku bersalah bagi tiga tuduhan lain dua daripadanya berkaitan jenayah menyimpan barang curi dan mencuri, selain satu kes berkaitan memasukkan dadah ke dalam badan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan pecah rumah dengan mencuri telefon bimbit jenis Iphone, Oppo dan Vivo milik seorang wanita berusia 56 tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6.40 pagi di sebuah rumah di Taman ACBE, di sini, pada 21 Oktober lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda dan mana-mana kesalahan itu jika dilakukan kali kedua atau yang kemudiannya boleh dikenakan denda atau sebat.

Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), P Barath memohon hukuman penjara dijalankan secara serentak bagi kesemua kesalahan, selain tertuduh menanggung isteri serta lima anak,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI