fbpx

Bekas jurujual kedai emas didakwa pecah amanah barang kemas majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas jurujual di sebuah kedai emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dengan mengambil barang kemas milik majikannya bagi kegunaan sendiri, bulan lepas.

Bagaimanapun tertuduh Ayu Siti Sofea Kamaruzaman @ Kamarulzaman, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa
melakukan perbuatan itu dengan mengambil dua hook (cangkuk) emas pada dua utas rantai emas milik majikannnya bagi kegunaan sendiri, di sebuah kedai emas di Wangsa Maju di sini, pada 15 Oktober lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd. Razak tidak menawarkan jaminan.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan menanggung tiga orang anak termasuk seorang bayi yang masih menyusu badan.

Selepas mendengar permohonan Hakim Hamidah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Disember ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI