PETALING JAYA – Rakyat Malaysia diminta berwaspada dengan luruan monsun yang dijangka berlaku pada 19 hingga 23 November ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan itu berdasarkan ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia)
“Luruan monsun bakal melanda timur Semenanjung dan timur Sabah dengan potensi hujan lebat berterusan yang melibatkan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
“Dalam tempoh ini, kawasan perairan Laut China Selatan juga dijangka menghadapi angin kencang serta laut bergelora,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau menasihatkan rakyat sentiasa peka dengan perkembangan cuaca terkini dan mendapatkan maklumat sahih melalui laman web dan media sosial MetMalaysia atau melalui aplikasi myCuaca. – KOSMO! ONLINE