PETALING JAYA – Beberapa kawasan di ibu kota mula dinaiki air, termasuk Jalan Pudu dan Jalan Sultan berhampiran Petaling Street ekoran hujan lebat yang melanda petang ini.
Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petugas mereka sedang memantau keadaan semasa di beberapa kawasan.
“Setakat pukul 2.45 petang, paras air di sungai-sungai utama di sekitar ibu kota dilaporkan masih berada di paras normal dan terkawal.
“Bagaimanapun, pihak berkuasa menasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada, terutamanya ketika melalui kawasan yang terjejas,” katanya di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE