fbpx

Anwar, Google bincang pemerkasaan ekosistem AI dan pusat data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi, Google di Peru hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi, Google di Peru hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perbincangan antara beliau dan Google adalah berkaitan pusat data dan kecerdasan buatan (AI)

“Aspek pemerkasaan ekosistem AI dan pusat data perlu diberi perhatian sewajarnya lebih-lebih lagi mengenai soal peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

“Ia bagi mengelakkan berlakunya ketirisan data serta ekploitasi ke arah keburukan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau telah mengarahkan kementerian berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan kesan terhadap perkara itu dapat dikawal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI