PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 5 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, manakala di Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang, manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Bagi Kelantan pula, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, manakala di Terengganu melibatkan Besut dan Kemaman.
“Hujan lebatjuga dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, cuaca buruk di Negeri Sembilan tertumpu di kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor pula melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, amaran sama dikeluarkan Sarawak membabitkan di Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).
“Bagi Sabah, Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah,” ujarnya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE