fbpx

Terubat rindu, Ummul Ayuni Atiqah kembali ke pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMMU AYUNI ATIQAH (tengah) bersama ibu dan ayahnya ketika keluar bersama di bandar Maran di Maran, Pahang.

MARAN – “Terubat rasa rindu yang mendalam,” kata Saharah Mazlan,39, dari kampung Paya Chedung di sini selepas anaknya yang menghilangkan diri sejak 9 November lalu kembali ke pangkuan keluarga malam semalam.

Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis,15, melarikan diri dari rumah hanya kerana perselisihan kecil dalam keluarga sejak 9 Nomber lalu.

Saharah berkata, anaknya ditemukan polis di Seremban, Negeri Sembilan dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Maran kira-kira pukul 3 petang semalam dan dibenar kembali ke pangkuan keluarga kira-kira pukul 7 malam semalam.

“Alhamdulillah, anak pulang ke pangkuan kami dengan selamat. Saya yang tidak sabar mengambil sendiri di IPD Maran. Hilang rasa rindu dan gundah gulana kerana bimbang dengan keselamatannya ketika berada di negeri dan daerah yang asing baginya.

“Saya sangat lega dan bersyukur kerana anak ketiga dari enam beradik itu selamat. Kini semangat saya pulih kembali dan saya bertekad akan membuka buku baharu menjalani kehidupan dengan menjadikan peristiwa ini sebagai panduan,”katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI