fbpx

Wanita bongkar Aida Aris berhutang lebih RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang individu mendedahkan identiti pelakon wanita yang didakwa enggan melunaskan hutang sebanyak RM208,000 ialah Aida Aris.

PETALING JAYA – Enggan membiarkan netizen terus berspekulasi, seorang individu bernama Ziela Rashid akhirnya mendedahkan identiti pelakon wanita yang didakwa enggan melunaskan hutang sebanyak RM208,000 ialah Aida Aris.

Mahu semuanya jelas, Ziela berharap pembongkaran tersebut menjawab persoalan masyarakat mengenai siapa sebenarnya pelakon yang dimaksudkan dalam sesi wawancara program Melodi beberapa minggu lalu.

“Hai semua, saya dengan ini ingin menyatakan pelakon yang saya maksudkan sewaktu temu bual bersama Melodi baru-baru ini adalah Aida Aris.

“Semoga dengan penerangan ini tiada lagi teka-teki siapa pelakon yang saya maksudkan itu,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Ziela turut menggesa Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, 52, untuk segera melangsaikan hutang yang telah tertunggak selama empat tahun.

“Untuk Aida, sila bayar hutang kami secepat mungkin kerana sudah terlalu lama, empat tahun.

“Tolong berurusan dengan pihak insolvensi. Itu sahaja penerangan daripada saya bagi mereka yang masih tertanya-tanya berkenaan video viral temu bual bersama Melodi. Terima kasih,” ujarnya.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan kenyataan dan pengesahan daripada pelakon drama Projek: High Council itu tidak berjaya apabila panggilan serta mesej tidak berbalas.

Sebelum ini, Ziela pernah membuat pendedahan dalam program hiburan hiburan mengenai bekas kakak iparnya yang juga seorang pelakon enggan membayar hutang.

Ziela tidak menyangka pelakon yang telah diisytiharkan muflis itu sanggup melarikan diri dan enggan membayar hutang sebanyak RM208,745.59 yang melibatkan dirinya dan suami. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI