fbpx

Polis ambil ekzos seminggu selepas kes langgar Zaharif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai kanan polis, Mohd Nazri dibawa ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh yang dihadapinya. – Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ekzos motosikal yang digunakan Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie ketika dilanggar kereta Perodua Ativa diambil polis, seminggu selepas kejadian.

Menurut saksi pendakwaan ke-14 yang merupakan remaja bawah umur, ekzos jenis NLK buatan Thailand itu disimpan di rumahnya selepas dihantar seorang rakan.

“Pada hari Jumaat, seminggu selepas Zaharif meninggal dunia, seorang rakan telah hantarkan ekzos itu ke rumah saya. Saya tahu ekzos itu milik seorang rakan lain kerana sebelum ini dia pernah ingin menjual ekzos berkenaan kepada saya.

“Selepas menerima ekzos itu, saya telah meletakkannya di luar rumah di dalam pagar. Pihak polis ada menghubungi saya dan bertanya mengenai ekzos tersebut dan saya mengaku menyimpan barang itu sebelum mereka datang ke rumah untuk mengambilnya,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.

Selain itu, remaja terbabit juga memberitahu, selepas perlanggaran tersebut, dia ada melihat motosikal yang ditunggang Muhammad Zaharif diletakkan di hadapan sebuah kedai runcit berhampiran restoran milik bapa mangsa pada hari kejadian.

Bagaimanapun katanya, dia tidak sedar sama ada ekzos masih ada atau tidak pada motosikal berkenaan.

Semalam, saksi pendakwaan ke-13, Zuraida Hassan dalam keterangannya memberitahu dia melihat beberapa pelajar sekolah ‘rem’ motosikal sebelum kejadian Muhammad Zaharif dilanggar kereta Perodua Ativa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI