fbpx

SPRM diminta siasat individu tularkan video skandal rasuah ADUN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain bercakap kepada media selepas membuat Laporan SPRM di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap individu menyebarkan berita di media sosial berhubung dakwaan skandal rasuah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, beliau merasakan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang individu itu mengetahui aktiviti amalan rasuah, namun tidak melaporkannya kepada SPRM.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana mendedahkan perkara itu di media sosial boleh menimbulkan persepsi
dalam kalangan masyarakat.

“Sepatutnya, salurkan maklumat itu kepada SPRM dan biar agensi itu menyiasat dan jika benar barulah boleh dikenakan tindakan, “katanya ketika ditemui di luar bangunan SPRM di sini hari ini.

Terdahulu Kerajaan Sabah bersedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM untuk menyiasat susulan tular rakaman audio ADUN dikatakan membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, tindakan menularkan video itu seolah-oleh menzalimi pihak yang tertuduh untuk mempertahankan diri di tempat yang sepatutnya.

“Saya difahamkan individu berkenaan (individu sebar audio) turut menerima ugutan bunuh,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI