fbpx

Ingatkan kambing, rupanya mayat tersangkut mata kail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat seorang wanita yang ditemui terapung di Sungai Kelantan dekat Kampung Gaung, Kota Bharu hari ini. – Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang pemancing tidak menyangka mata kailnya tersangkut pada mayat seorang wanita yang terapung semasa sedang memancing di Sungai Kelantan dekat Kampung Gaung, Kota Bharu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Shukri Daud, 56, terkejut selepas mendapati mayat wanita berkenaan tidak lengkap berpakaian.

Shukri berkata, mayat tersebut berada dalam keadaan tertiarap dan tersangkut pada salah satu daripada 10 batang joran yang dipasangnya pada pagi semalam.

“Ketika kejadian, saya sedang memotong rumput di kawasan kebun berhampiran kawasan sungai sebelum pergi ke tebing untuk mengangkat joran.

“Pada mulanya, saya menyangka kambing milik penduduk kampung tersangkut pada joran, rupa-rupanya mayat seorang wanita,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Tunjong, Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.04 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengangkat mayat itu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI