fbpx

‘Roadblock abang besar’, jalan Gerik-Jeli sesak lebih sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Pengguna Jalan Raya Timur Barat awal pagi tadi terpaksa mengharungi kesesakan apabila menunggu lebih sejam setelah sekumpulan gajah membuat sekatan di jalan tersebut.

Tinjauan Kosmo! melalui beberapa akaun Tik Tok hari ini mendapati, kesesakan tersebut turut menjejaskan puluhan pengguna yang melalui jalan Gerik-Jeli itu awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku selepas kawasan Banjaran Titiwangsa sehingga kedua-dua arah laluan mengalami kesesakan lebih satu jam.

Seorang pengguna yang menggunakan akaun Hafiz Bustaman berkata, kesesakan pada pukul 3 pagi telah menyebabkan kesesakan panjang lebih dari satu kilometer (KM).

“Panjang jem pagi ni, abang besar buat roadblock pula. Masing-masing kena tunggu sampai dia beredar, nasib tak ada apa-apa berlaku,” tulisnya.

“Kejadian macam ni memang selalu berlaku kalau lalu jalan ni, tak apa ‘mereka’ tak buat kacau, saja nak rehat atas jalan tar yang panas,” kata Wan Azwan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI