fbpx

Persatuan Islam Peru puji usaha Malaysia perjuang nasib Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan naskah al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol kepada Persatuan Islam Peru hari ini

PETALING JAYA – Persatuan Islam Peru memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin dan Lebanon yang ditindas rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pujian itu disampaikan kepada beliau pada pertemuan dengan Presiden Persatuan Islam, Murad Hamida hari ini.

“Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu dan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Islam Peru diketuai Presidennya.

“Dalam pertemuan ini kami membincangkan soal pembangunan umat Islam di Peru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, turut dibangkitkan dalam perbincangan itu adalah mengenai komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal.

Menurut Perdana Menteri, usaha Malaysia membantu pendidikan Islam dan dakwah dalam kalangan komuniti Islam di Peru juga disentuh dalam pertemuan berkenaan.

“Saya turut sampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sini selain menyerahkan 50 naskah al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI