fbpx

Yayasan Bank Rakyat terima Anugerah Community Innitiative

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Philip Benedict dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani menerima Anugerah ACES Award di Bangkok, Thailand semalam.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) buat julung kalinya menerima Anugerah ‘Community Innitiative’ di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korporat Asia (ACES) 2024 semalam.

Penyerahan anugerah yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Bangkok itu dihadiri Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang diiringi Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

YBR menerusi satu kenyataan berkata, pengiktirafan yang diterima adalah atas inisiatif dijalankan pihaknya bagi meningkat sosioekonomi rakyat Malaysia.

“Ia dilakukan menerusi bidang pendidikan serta program kemasyarakatan yang dijalankan sepanjang tahun 2023 bagi membantu mereka kurang bernasib,” katanya.

Sementara itu, menurut Philip, anugerah yang diterima merupakan tanda pencapaian tertinggi YBR sepanjang penubuhan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Tambahnya, sepanjang tahun YBR membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

“Pengiktirafan tersebut membuktikan kesungguhan serta komitmen kami dalam pemerkasaan masyarakat yang signifikan dengan matlamat pembangunan kelestarian di Malaysia. Oleh itu, kami akan sentiasa komited dan menggandakan usaha dalam memajukan kemajuan pendidikan dan kebajikan masyarakat melalui inisiatif yang memberi impak positif.

“Selain itu, penghormatan yang diberikan ini membuktikan dedikasi YBR dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik seterusnya sebagai penanda aras untuk terus berbakti dan memacu negara ke peringkat seterusnya,”ujarnya.

Jelas beliau, YBR turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.

“Sepanjang tahun 2023 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.35 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan pemerkasaan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI