fbpx

Jangan abai tanda awal diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerap letih, kulit gatal, luka lambat sembuh, semua gejala ini mungkin dianggap biasa, namun sebenarnya boleh menjadi tanda awal diabetes.

Public Health Malaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengendahkan gejala penyakit diabetes dan segera dapatkan pemeriksaan kesihatan.

Katanya, antara gejala yang dialami pesakit diabetes ialah selalu lapar walaupun sudah makan.

“Perkara itu terjadi kerana tubuh tidak dapat guna gula sebagai tenaga.

“Selain itu, kulit kering dan gatal pula berpunca dari gula tinggi dalam darah dan dehidrasi tubuh,” katanya.

Gejala lain termasuk kebas tangan dan kaki berlaku akibat paras gula tinggi merosakkan saraf.

“Gula tinggi dalam darah merosakkan saluran darah dan saraf. Sudah ada gejala begini, kenapa Kita Abaikan?

“Ramai anggap gejala ini perkara kecil, terlalu biasa untuk dikaitkan dengan penyakit serius. Jangan tunggu sehingga terlambat. Dengar rintihan tubuh anda, buat pemeriksaan kesihatan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI